Beli Simkad

ONEXOX PREPAID

Beli Simkad ONEXOX Prepaid

Buat pilihan di bawah untuk pembelian simkad ONEXOX PREPAID.

Prepaid MNP (Kekal Nombor Lama)

  • Kekalkan nombor lama dari mana-mana telco lain*
  • PERCUMA tempoh sah 28 BULAN.
  • Kadar panggilan serendah 5 sen & SMS 2 sen.
  • 1,800 SMS percuma (sesama rangkaian).
  • Tawaran pakej istimewa “Welcome Deal” untuk pengguna baru.

* Baca: Syarat-syarat MNP

Prepaid Starter Pack (Nombor Baru)

  • Boleh pilih nombor baru daripada senarai.
  • PERCUMA tempoh sah 28 BULAN*
  • Kadar panggilan serendah 5 sen & SMS 2 sen.
  • 1,800 SMS percuma (sesama rangkaian)
  • Tawaran pakej istimewa “Welcome Deal” untuk pengguna baru.

* Baca: Syarat untuk dapatkan Tempoh Sah 28 Bulan

ONEXOX BLACK

Beli Simkad ONEXOX Black

Buat pilihan di bawah untuk pembelian simkad ONEXOX BLACK.

Black MNP (Kekal Nombor Lama)

  • Kekalkan nombor lama dari mana-mana telco lain*
  • Tiada kontrak.
  • Hotspot tanpa had.
  • Internet berkelajuan tinggi (4G)
  • Baki kuota Data, Minit dan SMS boleh Carry Forward.

* Baca: Syarat-syarat MNP

Black Starter Pack (Nombor Baru)

  • Boleh pilih nombor baru daripada senarai.
  • Tiada kontrak.
  • Hotspot tanpa had.
  • Internet berkelajuan tinggi (4G)
  • Baki kuota Data, Minit dan SMS boleh Carry Forward.

Upgrade Plan ONEXOX Black (Pengguna Sedia Ada)

ONEXOX Prepaid Tukar ke ONEXOX Black

  • Pengguna sedia ada ONEXOX Prepaid boleh bertukar (upgrade) ke pelan ONEXOX Black.
  • Upgrade dengan cara COBP (Change of Business Plan)
  • Semua baki kredit dan kuota Season Pass akan dibawa ke akaun Black.
  • Guna simkad yang sama, tak perlu beli simkad baru.

Downgrade / Upgrade Pelan ONEXOX Black

  • Pengguna Black boleh tukar ke mana-mana pelan ONEXOX Black yang lain dengan cara COP (Change of Plan)
  • Perlu bayar bil semasa dan tunggakan (jika ada), berserta bayaran pendahuluan pelan Black yang ingin ditukar.
  • Guna simkad yang sama, tak perlu beli simkad baru.
  • Hubungi pengedar ONEXOX untuk maklumat lanjut.


⚠️ Sekiranya pengguna ONEXOX Black ingin menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid, sila hubungi Khidmat Pelanggan ONEXOX di talian 12273 atau 1300888010 atau melalui email kepada black@onexox.my


SYARAT MNP

Melalui MNP (Mobile Number Portability), anda boleh berpindah talian ke telco ONEXOX dengan mengekalkan nombor telefon sedia ada.

Anda tak perlu risau tentang kemungkinan kenalan tidak dapat menghubungi anda kerana nombor anda kekal sama, cuma penyedia rangkaian (telco) saja yang bertukar.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum membuat permohonan MNP.

⚠️ Sila patuhi syarat-syarat MNP yang dinyatakan bagi memudahkan urusan MNP dan permohonan MNP dapat diproses tanpa sebarang isu.

Pelanggan Prabayar / Prepaid

  1. Pastikan anda ialah pemilik akaun (nombor telefon).
     
  2. Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan mestilah sama dengan butiran yang diguna semasa mendaftar di telco asal. Hanya penama yang didaftar sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan MNP.
     
  3. Akaun masih dalam keadaan aktif.
     
  4. Tempoh sah kredit masih aktif dan boleh membuat panggilan keluar.
     
  5. Jika kredit expired, sila topup sekurang-kurang RM5 untuk aktifkan semula tempoh sah.

    (*Baki kredit yang ada dikira lupus / hangus setelah siap proses MNP. Hanya nombor telefon sahaja dipindahkan.)

Pelanggan Pasca Bayar / Postpaid

  1. Pastikan anda ialah pemilik akaun (nombor telefon).
     
  2. Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan mestilah sama dengan butiran yang diguna semasa mendaftar di telco asal. Hanya penama yang didaftar sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan MNP.
     
  3. Akaun masih dalam keadaan aktif.
     
  4. Tiada kontrak dengan penyedia rangkaian / telco asal.
     
  5. Bayar kesemua bil semasa dan tunggakan (jika ada) sebelum memohon untuk MNP.
     
  6. Jika akaun anda mempunyai talian tambahan (sub-line), perlu pisahkan akaun terlebih dahulu sebelum MNP dibuat, ATAU kesemua talian mesti dipindahkan bersama.

Proses MNP / Pindah Telco

  • Proses MNP mengambil masa antara 1-5 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan dibuat (bergantung pada tempoh kelulusan daripada pihak telco asal).
     
  • Setelah permohonan MNP diproses, anda akan menerima SMS daripada telco asal untuk tujuan pengesahan port out.
     
  • SMS tersebut perlu dibalas dengan segera sebagai persetujuan untuk bertukar kepada penyedia rangkaian yang baru, iaitu ONEXOX.
     
  • Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke telco ONEXOX.

⚠️ PENTING! Sila balas SMS pengesahan ‘port out’ dengan kadar segera mengikut arahan dan tempoh masa yang diberikan.

Jika SMS tidak dibalas atau terlebih masa, proses MNP akan terbatal dan permohonan MNP perlu dibuat semula.


SYARAT UNTUK DAPAT TEMPOH AKTIF 28 BULAN

⚠️ PENTING!
Syarat untuk dapatkan Tempoh Aktif 28 Bulan bagi Nombor Baru (PREPAID) adalah dengan melanggan pakej “WELCOME DEAL”. Pakej ini ditawarkan kepada pengguna baru sahaja dan hanya sah dalam masa 10 hari dari tarikh simkad mula diaktifkan.

Tempoh aktif 28 bulan akan berkuatkuasa serta-merta selepas melanggan salah satu pakej ‘Welcome Deal’ berikut:

  • RM30 = 333 MINIT  (Kod SMS: SP FATVOICE)
  • RM30 = 5GB + 100 MINIT  (Kod SMS: SP FAT5M)
  • RM30 = 20GB  (Kod SMS: SP FAT20)
  • RM50 = 10GB + 10GB*  (Kod SMS: SP FAT10)
  • RM50 = 10GB + 333 MINIT  (Kod SMS: SP FAT10M)

Contoh: SP FAT20 hantar ke 23388/22111

*Nota: Data +10GB untuk pakej “SP FAT10” adalah data bulanan yang diaktifkan serta-merta dengan tempoh penggunaan 30 hari.

ATAU

Buat tambah nilai sebanyak RM50 dalam masa 30 hari dari tarikh simkad mula diaktifkan. Tarikh bagi tempoh aktif 28 bulan akan dikemaskini dalam masa 14 hari.