Onexox Black

Pengenalan ONEXOX Black

ONEXOX BLACK bukanlah POSTPAID mahupun PREPAID!

Tetapi ianya gabungan fungsi Postpaid & Prepaid (Hybrid) – membentuk sebuah kategori pelan mudah alih baharu dalam industri telekomunikasi.

Kelebihan ONEXOX Black

TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.

TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus (BURNPROOF) dan akan dibawa ke hadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.

24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.

Ini bermaksud anda bebas melayari internet daripada mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang dipilih.


Pendaftaran ONEXOX BLACK

Daftar ONEXOX BLACK

PENGGUNA BAHARU:

Boleh terus daftar secara online melalui link di bawah:

ONEXOX PREPAID Tukar Ke ONEXOX BLACK:

  • Pengguna sedia ada ONEXOX PREPAID boleh bertukar (upgrade) ke pelan ONEXOX BLACK dengan cara COBP (Change of Business Plan).
  • Semua baki kredit dan kuota Season Pass akan dibawa ke akaun Black.

.

Downgrade / Upgrade Pelan ONEXOX BLACK:

  • Pengguna BLACK sedia ada boleh bertukar ke mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain dengan cara COP (Change of Plan)
  • Perlu bayar bil semasa dan tunggakan (jika ada), berserta bayaran pendahuluan pelan BLACK yang ingin ditukar.
  • Hubungi pengedar ONEXOX untuk maklumat lanjut.


Apakah Kelebihan Mendaftar Pelan ONEXOX BLACK Ini?

  • Nikmati internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS ke semua rangkaian.
     
  • Data, Minit Panggilan dan SMS boleh dikongsi @ dipindah milik.
     
  • Baki kuota Data, Minit Panggilan dan SMS yang tidak digunakan automatik dibawa ke hadapan (Carry Forward) setiap bulan.
     
  • Pakej yang pelbagai dengan komitmen bulanan yang sangat minima, serendah RM10 sahaja!
     
  • Boleh buat penukaran pakej yang dilanggan kepada pakej Black yang lain.
     
  • Pembayaran bil yang sangat mudah – Melalui tambah nilai / topup, sistem bayaran online XOX FAST, pembayaran melalui pengedar sah ONEXOX, melalui aplikasi XOX BLACK, atau secara auto debit (hubungi 12273 untuk proses pendaftaran dan pengesahan).

Pakej ONEXOX BLACK

Apakah Pelan ONEXOX BLACK Yang Boleh Dipilih Untuk Melanggan? Adakah Perlu Buat Sebarang Pembayaran?

Untuk pendaftaran pelan ONEXOX BLACK, pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada dan pelanggan Black baharu perlu membuat bayaran pendahuluan (advance payment) mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih.

Pelan didatangkan bersama Data, Minit Panggilan dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan.

Sila rujuk jadual:

*Harga yang dipaparkan tidak termasuk 6% SST


Tukar Dari Prepaid ke Pelan ONEXOX BLACK

Bolehkah Pelanggan ONEXOX Prepaid Sedia Ada Bertukar Ke Pelan ONEXOX BLACK?

Boleh! Dengan cara COBP (Change of Business Plan). Hubungi Dealer XOX.

Apa Yang Berlaku Kepada Item-Item Di Dalam Kaunter Season Pass Pelanggan ONEXOX Prepaid Sedia Ada Setelah Bertukar Ke Pelan ONEXOX BLACK?

Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:

  • Data, Minit & SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Loyalty Point
  • Kredit yang belum digunakan

Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:

  • Tempoh sah
  • SMS Percuma
  • Data yang telah diaktifkan

Berapa Banyakkah Data Yang Akan Dipindahkan Ke Akaun ONEXOX BLACK Setelah Pelanggan ONEXOX Prepaid Sedia Ada Berjaya Menukar Pelan?

Maksimum 100GB.

Sebagai contoh, jika pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada mempunyai 200GB di dalam kaunter SEASON PASS dan mereka menaik taraf ke ONEXOX BLACK, mereka hanya akan mempunyai 100GB dalam akaun ONEXOX BLACK.

Data yang boleh dibawa dan dikumpulkan di bulan hadapan (carry forward) juga maksimum 100GB.


Pakej Season Pass Untuk ONEXOX BLACK

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh membeli pakej Season Pass dan promo Happy Hour kami sekiranya mereka memerlukan data/minit tambahan.

Dengan syarat mereka mempunyai pra-pembayaran atau baki kredit yang mencukupi dalam akaun ONEXOX BLACK mereka.

Jumlah data dalam akaun ONEXOX BLACK pula tidak boleh melebihi 100GB selepas pembelian.


Apakah Yang Berlaku Sekiranya Pelanggan ONEXOX BLACK Telah Menggunakan Kesemua Data, Minit Panggilan Dan SMS Di Dalam Akaun ONEXOX BLACK?

  • Untuk Minit Panggilan, penggunaan dikira berdasarkan kadar pay per use di mana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat (7 sen untuk 30 saat pertama dan 8 sen untuk 30 saat kedua) dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
     
    Dengan syarat yang sama, pelanggan ONEXOX BLACK juga boleh memilih untuk membeli promosi Happy Hour (333 minit @ RM30) atau pakej minit Season Pass (999 minit @ RM90) atau pakej kombo Season Pass (10GB + 333 minit @ RM80 dan 20GB + 333 minit @ RM130).
     
  • Untuk SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar pay per use di mana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
     
  • Untuk data, tiada kadar pay per use dikenakan. Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi Happy Hour atau mana-mana pakej Season Pass dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya dan jumlah GB di dalam akaunnya tidak melebihi 100GB setelah pembelian dibuat.
     
    Data yang dibeli akan tersimpan di dalam akaun ONEXOX BLACK dan pelanggan boleh terus menikmati internet tanpa perlu mengaktifkan langganan data terlebih dahulu.
     
  • Anda juga boleh beli Pakej Add-On Data. Kesemua data adalah #BURNPROOF.
BLACK ADD ONHARGAKOD LANGGANANSMS KE
1GBRM10Add 1GB23388
2GBRM18Add 2GB23388

Garis Masa ONEXOX Black, Sekiranya Bayaran Tidak Dibuat Oleh Pelanggan.

Pelanggan akan mengalami situasi berikut sekiranya bayaran bulanan tidak dibuat:


Bolehkah Pelanggan ONEXOX BLACK Menggunakan Data, Minit Panggilan Dan SMS Daripada Kaunter ONEXOX BLACK Sewaktu Akaunnya Digantung Atau Disekat?

Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang Data, Minit Panggilan dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.

  • Digantung (Barred): Hanya boleh menerima panggilan dan SMS.
  • Disekat (Blocked): Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.

Dapatkan ONEXOX Black Sekarang!