Posted in: ONEXOX, Onexox Prepaid

Pembelian Tempoh Sah ONEXOX

Kami kerap kali dapat soalan yang sama daripada pengguna ONEXOX Prepaid, apa akan jadi apabila kredit luput selepas 28 bulan (dua tahun empat bulan).

Ini untuk pengguna yang langsung tidak menambah nilai nombor mereka dalam tempoh 28 bulan tersebut.

Jika anda kerap tambah nilai nombor ONEXOX, masalah ini tidak akan berlaku, kerana setiap RM1 tambah nilai anda, akan bertambah satu hari tarikh luput.

Di sini kami kongsikan, cara untuk tambah tempoh sah, atau tambah tarikh luput prepaid ONEXOX.

Cara pertama dengan menghantar SMS. Contohnya, anda mahu tambah tempoh sah setahun. Perlu menghantar SMS seperti di bawah.

Valid 12 ke 22111

Jika mahu tempoh sah sehingga tiga tahun, perlu menghantar sms yang sama sebanyak tiga kali.

Cara kedua, beli tempoh sah menggunakan aplikasi XOX BLACK. Sudah muat turun ke belum?

Jika belum, muat turun sekarang! ☺️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *